Pengajaran mikro diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963. Pada tahun 1969, Allen dan Ryan memantapkan konsep dan menjadikannya satu teknik latihan.
Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran praktik yang dipermudah dari segi skop dan organisasinya. Istilah “mikro” menggambarkan sesuatu yang kecil seperti microscope danmicrowave. Dalam pengajaran mikro tiga aspek diperkecil iaitu saiz kelas, masa mengajar, dan kemahiran mengajar. Kesimpulannya, pengajaran mikro adalah satu peristiwa mengajar yang kecil. Lawannya ialah pengajaran makro iaitu proses mengajar dalam kelas biasa.
Perbezaan antara pengajaran mikro dan makro:
Situasi Mikro
- Kelas kecil (5 - 8 orang murid)
- Guru pelatih berperanan sebagai murid
- Waktu mengajar diringkaskan (5 - 10 minit)
- Tumpuan kepada satu kemahiran sahaja
- Tidak perlu ke sekolah
- Keadaan luar biasa kerana dilaksanakan di dalam makmal
Situasi Makro
- Kelas sebenar (40 orang atau lebih
- Perlu murid sebenar di sekolah
- Waktu mengajar sebenar (30 minit atau lebih)
- Pelbagai kemahiran digunakan
- Dilaksanakan di sekolah sebenar
- Keadaan lebih “biasa” kerana dalam keadaan sebenar
No comments:
Post a Comment